Saturday, 14 April, 2012
Aktiviti 6
Faris Nur Daniel Pesakit Barah Darah Meninggal Dunia pada
Khamis, Februari 23, 2012
Faris Nur Daniel kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah darah Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, (HLH ) telah meninggal dunia. Mazidul merupakan seorang wartawan yang sering menulis tentang kanak-kanak ini di blognya untuk memohon sumbangan orang ramai bagi mengurangkan kos perubatan Faris di Hospital Sime Darby Subang Jaya.
Menurut maklumat, ibu-bapa Faris terpaksa menanggung kos RM 96,957.68 untuk membiayai kos rawatan di Hospital selama 21 hari. Dengan bantuan orang ramai yang menderma, ibu bapa Faris telah berjaya menjelaskan kos rawatan tersebut secara ansuran. Faris meninggal dunia pada usia 6 Tahun.



Sumber: Faris Nur Daniel Pesakit Barah Darah Meninggal Dunia | melvister.com
- Limfoma(barah darah) adalah sejenis barah yang terjadi pada limfosit
(jenis sel darah putih pada sistem kekebalan tubuh vertebrata) di mana
ia terdiri daripada pelbagai jenis.
- Biasanya, limfoma hadir sebagai tumor pepejal sel-sel limfoid.
- Rawatan mungkin melibatkan kemoterapi dan dalam beberapa kes
radioterapi dan/atau pemindahan sumsum tulang di mana ia boleh
disembuhkan bergantung kepada histologi, jenis dan peringkat penyakit.
- Sel-sel berbahaya ini sering berasal dari nodus limfa.
- Pada abad ke-19 dan abad ke-20, penyakit ini disebut penyakit Hodgkin
kerana dijumpai oleh Thomas Hodgkin pada tahun 1832.
- Limfoma dikategorikan sebagai limfoma Hodgkin dan limfoma bukan
Hodgkin.
No comments:
Post a Comment