Powered By Blogger

Monday 30 April 2012

Asas 8 : Thank meiosis and mitosis.

Monday, 16 April, 2012

Aktiviti 8
  • Bahagian yang menarik minat saya dalam video ini ialah ketika 'sperm' cuba memasuki 'ovum' . Mereka menolak antara satu sama lain dan saling berlumba untuk memasuki 'ovum' kerana hanya satu sahaja yang akan berjaya.

  • 3 kepentingan Meiosis ialah
                (a) Meiosis membolehkan gamet jantan dan gamet betina dihasilkan
                     dalam satu individu.
                (b) Meiosis memastikan gamet terhasil adalah haploid, iaitu bilangan
                      kromosom separuh daripada bilangan kromosom sel induk. Dengan itu,
                      meiosis menjamin zigot yang diploid dikekalkan.
                (c) Meiosis menghasilkan variasi genetik.


                                Artikel akhbar mengenai masalah pembuangan bayi


Asas 7 : aku lahir kerana meiosis

Sunday, 14 April, 2012

Aktiviti 7

 
1. Meiosis ialah proses pembahagian sel pembiakan dapat dihasilkan.
 
 
 
Haiwan:(organ seks)

  • lelaki: Testis hasilkan sperma
  • Perempuan: Ovari hasilkan ovum.

Tumbuhan:( dalam bunga)

  • Jantan: Anter hasilkan debunga
  • Betina: Ovul hasilkan ovum

2. Ciri-ciri proses meiosis:
  1. melibatkan dua peringkat: meiosis I dan meiosis II
  2. Kromosom anak separuh dari induk.
3. Proses Meiosis dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu  :
             (a) meiosis 1
            (b) meiosis 2

4. Peringkat-peringkat Meiosis :

                              Meiosis 1                                                      Meiosis 2
                 
 

Profasa 1                                                                   Profasa 2

- Bilangan kromosom = 2n                                         - Bilangan kromosom = n
- Kromosom homolog terletak sebelah                       - Tiada kromosom homolog.
   menyebelah (bersinapsis) membentuk                 - Tiada pindah silang berlaku
   bivalen.                                                                        kerana tiada sinapsis.
- Pindah silang berlaku antara kromatid                
   kromosom yang berlainan.
                                                                                   
Metafasa 1                                                                  Metafasa 2

- Kromosom homolog/bivalen tersusun                   - Kromosom tunggal tersusun di satah
  di satah khatulisitiwa.                                                   khatulistiwa.
- Sentromer tidak memecah.                                    - Sentromer memecah supaya
- Kromatid berpisah                                                         kromatid boleh berpisah.
                                                                                          
Anafasa 1                                                                        Anafasa 2
                                                                                                                 
- Kromatid tidak berpisah daripada                          - Kromatid berpisah daripada  
  pasangan kembarnya tetapi                                       pasangan kembarnya                      
  kromosom berpisah daripada pasangan                    dan bergerak ke kutub sel
  homolognya dan menuju ke kutub sel                        bertentangan.
  bertentangan.

                                                                                             



 Telofasa 1                                                              Telofasa 2

- Membran nukleus terbentuk semula dan              - Membran nukleus terbentuk semula
  mengelilingi kromosom (n).                                      dan mengelilingi kromosom (n).
- Sitokinesis berlaku selepas ini.                             - Empat sel anak yang haploid terhasil.
- Dua sel anak yang mempunyai bilangan             - Kromosom menjadi panjang dan lurus
  kromosomnya separuh (haploid) terhasil.                semula.

                                                           Gambar Bayi



 

Sunday 29 April 2012

Mitosis dan kanser.


Saturday, 14 April, 2012

Aktiviti 6

Faris Nur Daniel Pesakit Barah Darah Meninggal Dunia pada
Khamis, Februari 23, 2012

Faris Nur Daniel kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah darah Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, (HLH ) telah meninggal dunia. Mazidul merupakan seorang wartawan yang sering menulis tentang kanak-kanak ini di blognya untuk memohon sumbangan orang ramai bagi mengurangkan kos perubatan Faris di Hospital Sime Darby Subang Jaya.
Menurut maklumat, ibu-bapa Faris terpaksa menanggung kos RM 96,957.68 untuk membiayai kos rawatan di Hospital selama 21 hari. Dengan bantuan orang ramai yang menderma, ibu bapa Faris telah berjaya menjelaskan kos rawatan tersebut secara ansuran. Faris meninggal dunia pada usia 6 Tahun.

          


Sumber: Faris Nur Daniel Pesakit Barah Darah Meninggal Dunia | melvister.com
- Limfoma(barah darah) adalah sejenis barah yang terjadi pada limfosit
  (jenis sel darah putih pada sistem kekebalan tubuh vertebrata) di mana
  ia terdiri daripada pelbagai jenis.
- Biasanya, limfoma hadir sebagai tumor pepejal sel-sel limfoid.
- Rawatan mungkin melibatkan kemoterapi dan dalam beberapa kes
  radioterapi dan/atau pemindahan sumsum tulang di mana ia boleh
  disembuhkan bergantung kepada histologi, jenis dan peringkat penyakit.
- Sel-sel berbahaya ini sering berasal dari nodus limfa.
- Pada abad ke-19 dan abad ke-20, penyakit ini disebut penyakit Hodgkin
  kerana dijumpai oleh Thomas Hodgkin pada tahun 1832.
- Limfoma dikategorikan sebagai limfoma Hodgkin dan limfoma bukan
  Hodgkin.

Mitosis : Asas keajaiban manusia

Friday, 13 April, 2012

aktiviti 5
Bahagian A

1. Selepas interfasa, sel akan memasuki fasa mitosis. Fasa mitosis ialah fasa
pembahagian sel yang dibahagikan kepada dua proses.
           
             (a) Mitosis - Pembahagian nukleus, iaitu pembahagian sama rata kromosom
                                  yang telah disintesis kepada dua sel anak.


2. Mitosis melibatkan empat peringkat iaitu Profasa, Metafasa, Anafasa, dan Telofasa.
    Berikut adalah peringkat mitosis pada sel haiwan.


Peringkat Profasa - kromosom memendek, menebal dan jelas kelihatan.
                                - kromosom tersusun secara rawak di dalam nukleus.
                                - setiap kromosom bereplikasi dan mengalami penduaan.
                                  ia kelihatan terdiri daripada dua benang seiras, iaitu kromatid.
                                - nukleus mengecut, gentian gelendung mula terbentuk.
                                - profasa berakhir dengan membran nukleus dan nukleolus terurai.
                                - Sentriol berada di kutub bertentangan.



Peringkat Metafasa - bermula dengan pembentukan gelendong.
                                   - gelendung kelihatan berpunca daripada kutub bertentangan
                                     dan melalui Sentromer.
.                                  - setiap kromosom tersusun di satu barisan tengah sel, iaitu
                                     satah khatulistiwa.
                                   - kromatid kembar masih terikat di Sentromer.

                                   - Metafasa berakhir apabila sentromer berpisah untuk melepaskan
                                      ikatan kromatid kembar.


Peringkat Anafasa - Sentromer terbelah dua, kromatid setiap kromosom mula
                                   berpisah.
                                 - Kromatid bergerak ke kutub bertentangan.

                                 - gerakan kromatid berlaku akibat pengecutan gentian gelendung.
                                 - anafasa tamat apabila kromosom sampai ke kutub masing-masing.




Peringkat Telofasa - Kromosom menjadi bebenang halus.
                                 - Gentian gelendung menghilang.
                                 - Nukleolus dan membran nukleus terbentuk semula.
                                 - Sitokinesis bermula.
                                 - setiap kromatid menjadi kromosom bagi sel baru.
                                      - mitosis berakhir dengan dua sel anak dihasilkan.


5 link laman web yang jadikan rujukan semasa menjawab soalan ini.
Bahagian B

Saya memilih komik ini kerana gambar adalah tentang peringkat-peringkat mitosis. Gambar menunjukkan peringkat mitosis mengikut turutan.

Friday 13 April 2012

Kitar sel...ermmm...

Thursday, 13 April, 2012

Aktiviti 4

Aras : Pemahaman

             Kromosom adalah satu molekul makro DNA, dan merupakan 'unit' 
asas DNA dalam satu sel.
             
             Kromatid adalah terdiri daripada dua benang seiras. 


             Kromatin pula ialah fasa di mana Kromosom sangat halus 
dan tidak dapat dilihat menerusi mikroskop cahaya.


 Aras : Analisis
                                                                                                  

  









Rumusan :

Kitar sel atau kitar hidup bagi setiap organisma ialah peringkat yang
 dialami oleh setiap sel bermula dari saat pertama sel itu dihasilkan 
sehingga sel berkenaan selesai menjalani pembahagian sel. Kitar sel 
dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa pertumbuhan  
pertama ( G1 ), fasa sintesis (S) , fasa pertumbuhan kedua ( G2 ), dan fasa M.
Interfasa terdiri daripada tiga bahagian iaitu fasa pertama (G1)
fasa sintesis, dan fasa kedua(G2). Selepas interfasa, sel akan 
memasuki fasa mitosis iaitu fasa pembahagian sel yang dibahagikan
 kepada dua proses : Mitosis dan Sitokinesis.

                                                                                     (84 patah perkataan)            


Aras : Sintessis


 Rumusan :

Terdapat perbezaan antara sintokinesis dalam sel tumbuhan 
dan sel haiwan. sel haiwan - membran plasma di antara dua 
nukleus mencerut sehingga terputus dan menghasilkan dua 
sel anak. Sel tumbuhan - Plat sel mula terbentuk di antara 
dua nukleus dan membahagikan Sitoplasma. Dinding sel
 terbentuk di dalam ruang antara plat sel dan dua sel anak terbentuk.

                                                                              (53 patah perkataan)

Kromosom dan manusia.

Tuesday, 11 April, 2012

aktiviti 3

Aktiviti  Aras : Aplikasi  tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kemudahan untuk
upload gambar dan tidak tahu caranya. Harap Maaf.

 Aras : Pemahaman

Kromosom Diploid & Kromosom Haploid

              Diploid ialah proses apabila dua sel anak yang mempunyai bilangan kromosom 
yang sama seperti induknya terhasil. ia berlaku dalam Mitosis.

               Hiploid pula proses bilangan kromosom separuh daripada bilangan kromosom
 sel induk. Ia berlaku dalam Meiosis.

Aras : Pengetahuan

a.  Manusia mempunyai 46 Kromosom bersamaan 23 pasang Kromosom 

 
                                                                       Manusia


b.   Kucing mempunyai 38 Kromosom bersamaan 19 pasang Kromosom.

 

                                                                         Kucing

 c.   Katak mempunyai 26 Kromosom bersamaan 13 pasang Kromosom.

 

                                                                            Katak

 d.  Kubis mempunyai 18 Kromosom bersamaan 9 pasang Kromosom.

 

                                                                          Kubis

e.  Bawang mempunyai 16 Kromosom bersamaan 8 pasang Kromosom.


                                                                    Bawang